UNIT PENDIDIKAN

Menyediakan tempat tinggal dan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar-pelajar terpilih daripada keluarga berpendapatan rendah.


Empat Program Utama @ YAKIN


ASRAMA YAKIN

Asrama YAKIN mula beroperasi pada 26 Januari 2008 dengan pengambilan pertama seramai 27 pelajar lelaki Tingkatan Satu.
Asrama YAKIN berusaha menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

  • Mengendali asrama untuk pelajar terpilih.
  • Menempatkan mereka di sekolah terpilih.
  • Menyediakan tuisyen percuma.
  • Menyediakan kemudahan persekolahan seperti pakaian seragam, wang saku dan pengangkutan.
  • Mengadakan program motivasi dan pembinaan sahsiah.
  • Menyediakan kemudahan dan peralatan untuk aktiviti Kokurikulum seperti peralatan sukan, muzik dan makmal computer.
  • Menyediakan kelas bimbingan agama untuk pelajar-pelajar Muslim dan bukan Muslim.

Siapa yang layak memohon?

  1. Keluarga berpendapatan kurang dari RM2,000.00 sebulan.

  2. Keputusan akhir penggal (sekurang-kurangnya B untuk BM, BI dan MAT)

  3. Lulus Ujian Diagnostik

  4. Lulus Temuduga

  5. Sahsiah Tinggi

  6. Sihat

  7. Lelaki berumur 13 hingga 16 tahun Sahaja.

1.

Pendaftaran

Sila isi borang :  borang

2.

Penilaian

Temuduga akan diadakan untuk calon-calon yang disenarai pendek.

3.

Pemberitahuan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat, telefon atau email.



Gallery Thumb 1 Gallery Thumb 2 Gallery Thumb 3 Gallery Thumb 4 Gallery Thumb 5 Gallery Thumb 6 Gallery Thumb 7 Gallery Thumb 8 Gallery Thumb 9 Gallery Thumb 10 Gallery Thumb 11

PROGRAM PELAJAR ANGKAT

Membantu dan membimbing pelajar-pelajar terpilih peringkat sekolah menengah untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Fokus kepada kecemerlangan akademik pelajar melalui bantuan-bantuan tertentu dan kelas bimbingan.

SCHOOL
TUITION

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT

Memberi sokongan kepada lima sekolah rendah yang terpilih atau lebih dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah berkenaan. Sekolah yang terpilih juga berperanan sebagai sekolah tadahan (feeder school) YAKIN.

PROGRAM BANTUAN KHAS PELAJAR MISKIN

Untuk meringankan beban kewangan pelajar-pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

TRAINING