Galeri

# Tajuk Album Penerangan Tarikh Album Jumlah Foto Tindakan
1 Program Ziarah Kasih YAKIN di Rumah Seri Kenangan Kuching Program Ziarah Kasih YAKIN telah berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Rumah Seri Kenangan Kuching. Program ini bertujuan menyantuni warga emas melalui pelbagai aktiviti interaktif, sesi suai kenal mengikut kumpulan, agihan makanan serta penyampaian sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap penghuni. Penganjuran program ini merupakan satu usaha YAKIN dalam memupuk nilai empati dan tanggungjawab sosial terhadap warga emas, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan interaksi yang positif antara warga kerja YAKIN dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching. 17-10-2026 3 Lihat
2 Program Kemasyarakatan dan Kebajikan : Infaq Beras Unit Sosioekonomi YAKIN telah melaksanakan Program Infaq Beras di Kampung Sungai Batu pada 9 Oktober 2026. Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan beras dan pakaian kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban kos sara hidup serta membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat. Selain itu, sumbangan air mineral turut diserahkan kepada Ketua Kampung untuk kegunaan Masjid Kampung Sungai Batu. 09-10-2026 3 Lihat
3 Diskusi TVET Untuk Belia (2026) Unit Sosioekonomi, YAKIN dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Samarahan telah melaksanakan Program Diskusi TVET Untuk Belia di Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Kota Samarahan. Program ini telah melibatkan seramai 100 orang peserta, terdiri daripada 17 orang pelajar Asrama YAKIN dan 83 orang peserta daripada institusi lain. Antara perisian program adalah lawatan ke bengkel - bengkel, sesi forum berkaitan dengan bidang TVET, ucapan daripada Pengarah ADTEC dan sesi penyampaian cenderamata. 30-09-2026 6 Lihat
4 Program Sembang TVET Bersama ATUR Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) telah melaksanakan Program Sembang TVET bersama ATUR (Akademi TVET UNIRAZAK) yang berlangsung di Bilik Kuliah ATUR, baru-baru ini.
Menerusi program ini, ATUR telah berkongsi beberapa maklumat kepada belia yang berminat untuk menyertai program TVET yang dianjurkan oleh pihaknya. Bagi keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan Encik Muhd Aminuddin Malek (018-9761357)
29-09-2026 1 Lihat
5 Bengkel Teknik Belajar Efektif SK Bulan Jeragam telah mengadakan Bengkel Teknik Belajar Efektif kepada murid tahun 6 dengan kerjasama pihak Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), yang berlangsung di Dewan SK Bulan Jeragam baru-baru ini.
Menerusi program berkenaan, YAKIN turut berkesempatan untuk melaksanakan Promosi Asrama YAKIN, selain Program Kebajikan dan Komuniti dengan menyampaikan sumbangan beras dan sumbangan pakaian kepada tiga orang penerima iaitu ibu tunggal.
23-09-2026 2 Lihat
6 Advokasi Isu Sosial Dalam Kalangan Remaja Program Advokasi Isu Sosial telah diadakan dengan penyertaan seramai 42 orang pelajar Asrama YAKIN. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat. Program ini turut merangkumi sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Shaadah Binti Shariman, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching , yang berkongsi pengetahuan dan pandangan berkaitan isu-isu sosial serta kepentingan memupuk sikap prihatin dan peka terhadap permasalahan yang berlaku di sekeliling. 19-09-2026 6 Lihat
7 Program Kemasyarakatan dan Kebajikan : Infaq Beras Program Infaq Beras merupakan salah satu usaha YAKIN dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memupuk semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat . Program ini telah dilaksanakan di Kampung Sungai Bedaun, Kampung Bintawa dan Bandar Baru Samariang dengan inisiatif menghantar sumbangan beras dan pakaian. 15-09-2026 4 Lihat
8 Eksplorasi Pelajar Asrama Yakin Ke Perpustakaan Desa Bandar Samariang Program ini diadakan untuk pelajar asrama YAKIN tingkatan 1 dan 2 sebagai satu platform pembelajaran di luar bilik darjah yang memberi peluang kepada para pelajar Asrama YAKIN untuk meneroka suasana pembelajaran yang lebih santai dan interaktif. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah word search,kuiz kahoot dan explore and gain. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah menggalakkan minat membaca, meningkatkan pengetahuan serta memupuk keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. 14-09-2026 4 Lihat
9 FAMILY DAY YAKIN 2026 FAMILY DAY YAKIN 2026

Koleksi kenangan Program Family Day YAKIN 2026 yang telah berlangsung pada 3–4 September 2026 di Palm Beach, Sematan, Sarawak.

Program ini menjadi ruang untuk warga YAKIN berkumpul, mengeratkan silaturahim, membina semangat kerjasama dan menikmati masa bersama dalam suasana santai serta penuh keceriaan. Terima kasih kepada semua kakitangan YAKIN yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini. Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi memori indah buat kita semua.

“Bersama Mencipta Kenangan, Mengukuhkan Silaturahim.”
03-09-2026 10 Lihat
10 Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN di Centexs Lundu Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah diadakan pada 20 Ogos 2026 di CENTEXS Lundu. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bidang Pendidikan TVET. Sepanjang program, para pelajar berpeluang mengenali dengan lebih dekat tentang kemudahan, persekitaran pembelajaran serta bidang kemahiran yang ditawarkan di CENTEXS Lundu. Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka minat, mengenal pasti potensi diri serta mendapatkan gambaran awal mengenai laluan pendidikan dan peluang kerjaya dalam bidang TVET. 20-08-2026 6 Lihat
11 Program Penjanaan Ekonomi : Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya Program Penjanaan Ekonomi: Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya merupakan salah satu inisiatif Unit Sosioekonomi YAKIN dalam memperkasa golongan belia yang menceburi bidang keusahawanan. Penyaluran bantuan berbentuk peralatan ini memberi sokongan praktikal kepada penerima dalam melancarkan aktiviti perniagaan serta meningkatkan keupayaan mereka mengurus dan mengembangkan usaha yang dijalankan. Inisiatif ini turut menjadi salah satu usaha dalam menyokong potensi ekonomi belia dan menggalakkan penjanaan sumber pendapatan secara berterusan. 11-08-2026 1 Lihat
12 Program Penjanaan Ekonomi : Peralatan Usahawan Ibu Tunggal di Kampung Temenggong Program Penjanaan Ekonomi: Peralatan Usahawan Ibu Tunggal di Kampung Temenggong merupakan salah satu inisiatif Unit Sosioekonomi YAKIN dalam memperkasa golongan ibu tunggal melalui sokongan terhadap aktiviti keusahawanan. Penyerahan peralatan perniagaan ini bertujuan membantu penerima mengembangkan aktiviti yang dijalankan, memudahkan urusan operasi serta meningkatkan keupayaan dalam menjana pendapatan secara berterusan. 10-08-2026 1 Lihat
13 Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke CIDB Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melibatkan seramai 17 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang pendidikan dan latihan kemahiran dalam industri pembinaan melalui lawatan ke bengkel dan bilik kuliah. Pelajar turut berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran serta mengenali peluang dan prospek kerjaya dalam bidang TVET. 07-08-2026 6 Lihat
14 Program Teknik Belajar Berkesan di Sk Tuanku Bagus , Sebuyau Program Teknik Belajar Berkesan di SK Tuanku Bagus, Sebuyau merupakan program kerjasama antara Unit Kaunseling dan Unit Sosioekonomi YAKIN yang melibatkan pelajar Tahun 6. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik dan strategi pembelajaran yang berkesan, di samping meningkatkan motivasi serta keyakinan diri dalam menghadapi pembelajaran. 04-08-2026 4 Lihat
15 Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Institut Kemahiran Mara Kuching Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Institut Kemahiran MARA Kuching telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada 17 orang pelajar Asrama YAKIN Tingkatan 4 dan 5 mengenai peluang pendidikan serta laluan kerjaya berasaskan TVET. Program ini memberi peluang kepada pelajar mengenali persekitaran institusi, bidang kemahiran dan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET. 31-07-2026 3 Lihat
16 Program Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak Program ini menghimpunkan peserta berumur 10 hingga 12 tahun dalam pertandingan yang bertujuan menggalakkan budaya membaca dan mengembangkan bakat bercerita. Disamping itu, program ini turut menyediakan platform kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran komunikasi, penyampaian cerita yang kreatif dan penyampaian cerita di hadapan khalayak ramai. Selain menjadi platform mencungkil bakat, program ini berjaya meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan pembelajaran berasaskan nilai serta penyampaian yang berkesan. 25-07-2026 6 Lihat
17 Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang "Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang" telah dilaksanakan bersempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai 2026. Seramai 43 orang pelajar asrama YAKIN telah menyertai program ini sebagai usaha untuk menyemai semangat perpaduan dan cintakan Sarawak, di samping memperkukuhkan nilai kerjasama dan pembentukan sahsiah diri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti penciptaan slogan dan logo bertemakan Sarawak, menyusun puzzle, kuiz berkaitan sejarah Sarawak, Action and Guess serta Build the Tallest Tower yang menerapkan elemen kreativiti, komunikasi dan kerja berpasukan. 22-07-2026 6 Lihat
18 Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) di Kampung Sejingkat Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) telah dilaksanakan oleh Unit Sosioekonomi YAKIN pada 20 Julai 2026 di Kampung Sejingkat dengan melibatkan seramai 10 orang klien terdiri daripada ibu tunggal dan 5 orang kakitangan YAKIN. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Sosioekonomi sebelum diteruskan dengan sesi pengagihan sumbangan kepada para penerima sebagai sokongan dalam memenuhi keperluan harian dan mengurangkan beban perbelanjaan klien. Pelaksanaan program ini menggambarkan keprihatinan Unit Sosioekonomi YAKIN dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh usaha kebajikan dalam komuniti setempat. 20-07-2026 3 Lihat
19 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Promosi TVET Ulungkalinya Promosi TVET YAKIN dilaksanakan secara kerjasama bersama Yayasan Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, sekali gus melaksanakan Karnival Kerjaya peringkat Kuching. 08-07-2026 1 Lihat
20 Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN telah berlangsung di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak yang bermula 2.30 petang. Semasa perhimpunan berkenaan, Jolly Marikan (Pengurus, YAKIN) telah menyampaikan amanat kepada semua yang hadir untuk mengekalkan keharmonian sekali gus menghindari nilai-nilai yang boleh mencemarkan reputasi YAKIN sebagai sebuah NGO membasmi kemiskinan. Turut berlangsung, acara senam tari yang melibatkan kakitangan dan pelajar YAKIN. 03-07-2026 3 Lihat
21 Sumbangan Beras YAKIN Seramai 10 orang ibu tunggal dan orang tua sebatang kara telah menerima sumbangan beras 10kg dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) di sekitar Kampung Santubong. 15-06-2026 1 Lihat
22 Bengkel Usahawan Desa Bengkel Usahawan Desa dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berlangsung selama 4 hari yang bermula 9 Jun 2026 dan bertempat di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak telah mendapat sambutan daripada 70 orang usahawan yang terdiri daripada ibu tunggal di sekitar Kuching. Antara pengisisannya adalah menyediakan pemerkasaan usahawan wanita menerusi pembangunan ilmu perniagaan serta strategik pengurusan produk atau perkhidmatan. 12-06-2026 1 Lihat
23 Bengkel Usahawan Kreatif Tema Usahawan Kreatif, Alam Lestari dengan kerjasama Pusat Latihan Epal dan Persatuan Prihatin Belia yang berlangsung di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak. 26-05-2026 2 Lihat
24 Program Kemasyarakatan & Kebajikan, YAKIN Antara penerima sumbangan beras dan keperluan asas bagi bulan Mei 2026 di Kampung Semariang. 26-05-2026 2 Lihat
25 Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga Amanah YAKIN ke-54 Kenang-kenangan.. Ahli-ahli Lembaga Amanah YAKIN bergambar bersama kakitangan YAKIN pada 20 Mei 2026 20-05-2026 1 Lihat
26 Kem Bina Insan Pelajar Asrama YAKIN Seramai 45 pelajar menghadiri Kem Bina Insan Pelajar Asrama YAKIN pada 15 hingga 17 Mei 2026 bagi meningkatkan motivasi dan sahsiah diri. 17-05-2026 1 Lihat
27 Bengkel Usahawan Belia Unit Sosioekonomi & Aset, YAKIN telah menganjurkan Bengkel Usahawan Belia di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak untuk memberi pendedahan, sekali gus minat golongan belia untuk menceburi diri dalam bidang berkenaan. 11-05-2026 1 Lihat
28 Perlawanan Bola Sepak 4 Penjuru Unit Pendidikan, YAKIN telah menganjur Perlawanan Bola Sepak 4 Penjuru yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Yayasan Sarawak. 02-05-2026 1 Lihat
29 Kunjungan Hormat ke STB Melaksanakan Program Sosial bersama agensi terlibat 30-04-2026 1 Lihat
30 Kunjungan Hormat ke Adtec JTK Samarahan Kunjungan bagi membincangkan Pembangunan Kemahiran: Promosi TVET 30-04-2026 1 Lihat
31 Kunjungan Hormat ke Sarawak Skills Kunjungan bagi membincangkan Program Pendidikan khususnya yang berlandaskan TVET selain Program Komuniti Sosiolekonomi seperti Hidroponik. 01-04-2026 1 Lihat
32 Kunjungan Hormat Kunjungan Hormat ke JKM untuk kerjasama Program Sosioekonomi dan bantuan kepada pelajar Asrama YAKIN dan keluarga mereka. 17-03-2026 1 Lihat
33 Program Bazar Raya NADI Unit Sosioekonomi telah memasarkan produk Klien USEY selain membuka kaunter penerangan tentang YAKIN kepada pengunjung 14-03-2026 1 Lihat
34 Projek Bubuk Lambok YAKIN YAKIN mengadakan kerjasama dengan LAKMNS untuk program ini, selain pihak Kelab K3T di Shell (ZKZ Property Sdn Bhd) pada 13 Mac 2026. 05-03-2026 3 Lihat
35 Projek Infaq Pakaian Raya Sekurang-kurangnya 600 helai pakaian telah disumbangkan oleh orang awam untuk menjayakan program sumbangan ini. Sebagai rekod, melebihi 300 helai telah diberikan kepada penerima secara percuma. 03-03-2026 3 Lihat
36 Projek Infaq Beras Penerima Sumbangan Program Infaq Beras 02-03-2026 6 Lihat
37 Kunjungan Ke Kampung Kerjasama bersama Ketua Kaum untuk mendapatkan data selain melancarkan urusan kunjungan ke rumah klien. 25-02-2026 2 Lihat
38 Projek Infaq Juadah Berbuka/ Moreh Pelajar Asrama YAKIN 20-02-2026 1 Lihat
39 Kursus Asas Adobe Photoshop Lokasi GiatMARA Stampin 12-11-2025 4 Lihat
40 Kursus Sistem MyOB 11-11-2025 2 Lihat
41 Program Pencegahan Influenza YAKIN telah mengagihkan Vitamin C dan pemberian Vaksin Influenza kepada Pelajar Asrama YAKIN dan Kakitangannya sebagai langkah berjaga-jaga dengan virus influenza yang membimbangkan. 07-11-2025 7 Lihat
42 Program Motivasi Pelajar SPM 2025 YAKIN menganjur program motivasi yang bertemakan "Gear Up SPM" telah diadakan pada 1 -2 November 2025 di Pusat Tuisyen Mutiara Suria, Sukma kepada 15 orang pelajar Asrama YAKIN yang bakal menduduki SPM 2025. 02-11-2025 3 Lihat
43 Program Pelupusan Aset YAKIN 2025 Kerja-kerja Pelupusan Aset Rosak 01-11-2025 5 Lihat
44 Solat Hajat SPM 2025 Antara yang hadir 30-10-2025 2 Lihat
45 Jejak Alumni Asrama YAKIN Maliah sedang mewawancara Dr. Haznul Hafizzi Abd Hadi 25-10-2025 1 Lihat
46 Program Motivasi Bersama Alumni YAKIN 25-10-2025 3 Lihat
47 Latihan Asas Pertolongan Cemas untuk Pelajar Asrama YAKIN 61 Pelajar menyertai Latihan Asas Pertolongan Cemas untuk Pelajar Asrama YAKIN daripada Angkatan Pertahanan Awam 18-10-2025 6 Lihat
48 Sambutan Hari Lahir Pelajar Asrama YAKIN (Jun hingga Disember) Antara acara 17-10-2025 9 Lihat
49 Sambutan Hari Lahir Pelajar Asrama YAKIN (Jun hingga Disember) Persiapan majlis sambutan hari lahir pelajar asrama yakin 17-10-2025 4 Lihat
50 Kolaborasi YAKIN bersama PPD Simunjan Mesyuarat bersama PPD Simunjan untuk pelaksanaan Program Jom Berambih ke Asrama YAKIN pada 17 November 2025 sempena Promosi Asrama YAKIN. 08-10-2025 2 Lihat
51 Program Senam YAKIN 2025 Tema "Kakitangan YAKIN Ceria dan Sihat" 20-09-2025 4 Lihat
52 Majlis Makan Malam YAKIN 2025 Cabutan Bertuah 19-09-2025 15 Lihat
53 Majlis Makan Malam YAKIN 2025 Jamuan 19-09-2025 6 Lihat
54 TAKLIMAT SKT Jolly Marikan.. menyampaikan Taklimat Penggunaan Borang SKT baru kepada 14 kakitangan YAKIN di Palm Beach Resort. 19-09-2025 2 Lihat
55 Bengkel Pengurusan Masa Jolly Marikan (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah. 12-09-2025 1 Lihat
56 YAKIN Football Fun YAKIN Football Fun menang tipis dengan 2-0 semasa Perlawanan Persahabatan bersama Team PERYATIM. 23-08-2025 1 Lihat
57 YAKIN Football Fun YAKIN FC menewaskan Team YIIS dengan jaringan 7 jaringan semasa Perlawanan Bola Persahabatan. 19-07-2025 1 Lihat