DISKUSI TVET UNTUK BELIA

30 Sep 2026 | Maliah Adenan

100 penyertaan untuk Diskusi TVET untuk Belia yang dianjurkan oleh Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dengan kerjasama Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) JTM Kampus Kota Samarahan, baru-baru ini.

Matlamat penganjuran adalah untuk mempromosikan kursus berorientasikan TVET, selain menggalakkan belia untuk menceburi bidang berkenaan untuk menjanakan pendapatan, dalam masa yang sama menyokong hasrat YAKIN untuk membasmi kemiskinan.

"YAKIN juga merancang untuk menganjurkan program yang sama di kawasan Bau/ Lundu, selain Kuching untuk merancakkan lagi perkembangan kemahiran seiring dengan keperluan industri masa kini," jelas Maliah Adenan (Pegawai Penyelaras Program) semasa ditemui.

Menurutnya lagi, selain Program Diskusi TVET pihaknya juga turut menganjurkan Program Sembang TVET, Program Forum TVET dan Program Jelajah TVET yang telah dilaksanakan sejak Ogos lepas.

Turut hadir, YBhg Datu Dr Haji Hatta Haji Solhi (Timbalan Pengerusi, Lembaga Amanah YAKIN) dan YBhg Datu Haji Sarudu Hoklai (Ahli Lembaga Amanah YAKIN)


Kembali ke Senarai