Bengkel Memperkasa Usahawan Belia
29 Apr 2026 | Maliah Adenan
Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), melalui fungsi Unit Sosioekonomi & Aset telah melaksanakan Bengkel Memperkasa Usahawan Belia yang dilaksanakan di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak, baru-baru ini.
Objektif pengajuran untuk memberi pendedahan kepada para peserta khususnya tentang bantuan dan geran dari agensi tertentu bagi usaha mengembangkan perniagaan. Selain memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat dari aspek perniagaan kerana program ini mendapat kerjasama dari pihak SEDC dan MARA dengan membekalkan tenaga pengajarnya.
YAKIN berharap usaha membangunkan usahawan akan sentiasa mendapat sokongan daripada semua pihak termasuklah kerajaan untuk membantu masyarakat menjana ekonomi sekali gus keluar dari kancah kemiskinan. Dalam masa yang sama, matlamat dasar YAKIN untuk membasmi kemiskinan akan dapat dicapai.
Kembali ke Senarai
