Projek Infaq Beras Ramadan

02 Mar 2026 | Maliah Adenan

Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) telah menyatuni 38 orang penerima bagi Projek Infaq Beras Ramadan yang berlangsung di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak, baru-baru ini.

Antara objektif projek ini adalah berkongsi rezeki menerusi infaq beras kepada golongan yang kurang berkemampuan, dalam masa yang sama menggalakkan masyarakat sekitar untuk menyemai nilai-nilai murni kasih sayang dan prihatin.

Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo (Pengerusi, Lembaga Amanah YAKIN) turut menzahirkan rasa syukur kerana menerusi projek ini YAKIN telah membantu mereka yang memerlukan, selain menggalakkan semua kakitangannya untuk giat melaksanakan tugas sukarelawan membantu masyarakat yang sesuai dengan matlamat penubuhan YAKIN membasmi kemiskinan.

"Biarpun sumbangan yang kita salurkan tidaklah begitu besar, namun kita berharap sebagai NGO setidak-tidaknya ini dapat meringankan beban sepanjang Ramadan tahun ini," ujarnya setelah menyampaikan sumbangan tersebut.

Turut hadir Datu Dr Haji Hatta Haji Solhi, Datu Haji Sarudu Haji Hoklai.

Keterangan gambar:

Hamid Bugo(tiga dari kanan).. bersama penerima


Kembali ke Senarai