Vitamin C

30 Oct 2025 | Maliah Adenan

61 pelajar Asrama YAKIN telah menerima sumbangan Vitamin C daripada Yayasan Kemajuan Insan Kuching (YAKIN) yang dilaksanakan baru-baru ini, di Dewan Makan Asrama Yayasan Sarawak.

Program yang ulungkali diadakan ini bertujuan untuk menghindari kes demam yang berlarutan, dalam masa yang sama mencegah penularan Influenza A yang semakin membimbangkan masyarakat pada masa kini.

"Pengurusan YAKIN turut menyediakan pemberian Vaksin Influenza kepada semua pelajar dan kakitangan pada minggu hadapan," terang Jolly Marikan selaku Pengurus YAKIN ketika ditemui baru-baru ini.

Selain turut menegaskan bahawa program ini juga bakal memberi kesedaran kepada semua pelajar dan kakitangan, YAKIN terhadap kepentingan kesihatan terhadap diri dan persekitaran di Asrama YAKIN.


Keterangan bergambar:-

Antara pelajar Asrama YAKIN yang hadir untuk sesi penerimaan sumbangan Vitamin C


Kembali ke Senarai