Bengkel Pengurusan Masa

12 Sep 2025 | Maliah Adenan

Seramai 14 kakitangan YAKIN telah menghadiri Bengkel Pengurusan Masa yang dianjurkan oleh Unit Pentadbiran, Yayasan Kemajuan Insan Sarawak di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak baru-baru ini.

Objektif penganjuran untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengurus masa untuk menjamin kualiti kerja, selain memupuk disiplin bagi menyiapkan tugasan. Dalam masa yang sama turut menerangkan teknik-teknik pengurusan masa yang berkesan untuk digunapakai.

"Bermula September 2025, YAKIN akan memperkenalkan selain menggunapakai Borang Senarai Tugas Bulanan Kakitangan YAKIN untuk menentukan keutamaan tugas mengikut kepentingan dan tempoh diperlukan. Hal ini bagi mengelak kegagalan menyiapkan tugas penting yang perlu disegerakan," kata Jolly Marikan (Pengurus, YAKIN).

Tegasnya, praktis penggunaan borang tersebut juga dijadikan sebagai teknik mengukur prestasi kerja kakitangan semasa penilaian SKT, untuk menjamin kualiti setiap kakitangannya.

- tamat -


Keterangan gambar:

Alistair  Anak Larry Daniel.. sedang memberi pencerahan terhadap mengurus masa kerja


Kembali ke Senarai