Program Jom Berambih ke Asrama YAKIN

08 Oct 2025 | Maliah Adenan

Sekurang-kurangnya 15 buah sekolah sekitar Simunjan akan menyertai Program Jom Berambih ke Asrama YAKIN yang akan dilaksanakan oleh Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan pada 17 November kelak.

Menurut Jolly Marikan (Pengurus, YAKIN), program kerjasama ini ulungkali diadakan dan bertujuan untuk mempromosi Asrama YAKIN kepada pelajar-pelajar yang layak semasa menyertai program berkenaan.

"Program ini juga sebagai platform kepada mereka untuk menyaksikan sendiri kehidupan di asrama YAKIN dengan bermacam-macam kemudahan yang disediakan," katanya semasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Jom Berambih ke Asrama YAKIN.

Dalam masa yang sama, turut menjalin hubungan baik bersama PPD Simunjan dalam usaha murni membantu pelajar-pelajar luar bandar untuk mendapatkan kemudahan belajar yang lebih kondusif, selain memberi motivasi kepada mereka untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan menerusi pendidikan.


Kembali ke Senarai