Program Ziarah Kasih YAKIN di Rumah Seri Kenangan Kuching

Program Ziarah Kasih YAKIN telah berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Rumah Seri Kenangan Kuching. Program ini bertujuan menyantuni warga emas melalui pelbagai aktiviti interaktif, sesi suai kenal mengikut kumpulan, agihan makanan serta penyampaian sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap penghuni. Penganjuran program ini merupakan satu usaha YAKIN dalam memupuk nilai empati dan tanggungjawab sosial terhadap warga emas, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan interaksi yang positif antara warga kerja YAKIN dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching.

Tarikh Album: 17-10-2026