Bengkel Teknik Belajar Efektif
SK Bulan Jeragam telah mengadakan Bengkel Teknik Belajar Efektif kepada murid tahun 6 dengan kerjasama pihak Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), yang berlangsung di Dewan SK Bulan Jeragam baru-baru ini.Menerusi program berkenaan, YAKIN turut berkesempatan untuk melaksanakan Promosi Asrama YAKIN, selain Program Kebajikan dan Komuniti dengan menyampaikan sumbangan beras dan sumbangan pakaian kepada tiga orang penerima iaitu ibu tunggal.
Tarikh Album: 23-09-2026
