Advokasi Isu Sosial Dalam Kalangan Remaja

Program Advokasi Isu Sosial telah diadakan dengan penyertaan seramai 42 orang pelajar Asrama YAKIN. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat. Program ini turut merangkumi sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Shaadah Binti Shariman, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching , yang berkongsi pengetahuan dan pandangan berkaitan isu-isu sosial serta kepentingan memupuk sikap prihatin dan peka terhadap permasalahan yang berlaku di sekeliling.

Tarikh Album: 19-09-2026