Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN
Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN telah berlangsung di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak yang bermula 2.30 petang. Semasa perhimpunan berkenaan, Jolly Marikan (Pengurus, YAKIN) telah menyampaikan amanat kepada semua yang hadir untuk mengekalkan keharmonian sekali gus menghindari nilai-nilai yang boleh mencemarkan reputasi YAKIN sebagai sebuah NGO membasmi kemiskinan. Turut berlangsung, acara senam tari yang melibatkan kakitangan dan pelajar YAKIN.Tarikh Album: 03-07-2026
