Kata-kata Hikmah

" Perkongsian ialah sesuatu yang paling memuaskan dalam kehidupan: baik kekayaan harta, ilmu pengetahuan, pengalaman, kepakaran mahupun masa. Perkongsian juga merupakan jalan penyelesaian segala masalah dan cabaran. YAKIN adalah berkenaan perkongsian dengan pihak-pihak yang memerlukan bantuan dan bimbingan. Kita berkongsi bukan kerana kita memiliki kemewahan tetapi kerana kita tahu akan perasaan orang lain dan akibat daripada keadaan serba kekurangan. Oleh itu, saya berharap lebih ramai sukarelawan yang dapat bersama kita dalam menjayakan perkongsian di YAKIN. Penyertaan yang lebih ramai sudah pasti akan mampu menggerakkan usaha-usaha kita untuk membebaskan lebih banyak keluarga daripada belenggu kemiskinan. "

Doc Image